Kabar Gembira, FAM setuju diskaun tiket
Kabar Gembira, FAM setuju diskaun tiket - HARGA tiket bagi aksi persahabatan A di antara Harimau Malaya dengan Republik Kyrgyzstan di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 16 Oktober depan dikurangkan.
Menurut kenyataan di laman rasmi Persatuan Bola Sepak Melaka United (Musa), harga tiket asal RM30 yang ditetapkan sebelum ini telah dikurangkan menjadi RM20 selepas mendapat persetujuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
"Mengambilkira komen para penyokong bola sepak mengenai harga tiket bagi Perlawanan Persahabatan Antarabangsa A bertemu Republik Kyrgyzstan nanti, Musa telah membuat permohonan kepada FAM untuk mempertimbangkan semula harga tiket berharga RM30 untuk dewasa bagi menyaksikan perlawanan itu di stadium ini.
"Sehubungan itu, pihak FAM telah bersetuju untuk menurunkan harga tiket kepada RM20 bagi dewasa iaitu pengurangan sebanyak RM10 manakala harga tiket bagi kanak-kanak kekal pada kadar RM5," tulis kenyataan tersebut.
Terdahulu, penyokong skuad Harimau Malaya secara terbuka mengkritik harga tiket aksi persahabatan yang dikenakan sebanyak RM30 kerana terlalu mahal dan dianggap tidak praktikal untuk menarik ramai penyokong turun ke stadium untuk memberi sokongan.
Aksi bertemu Republik Kyrgyzstan itu merupakan satu daripada tujuh perlawanan persahabatan yang telah dirangka FAM sebelum skuad kebangsaan terbang ke Phnom Penh bagi aksi sulung Kumpulan A Piala Suzuki AFF 2018 bertemu Kemboja pada 8 November 2018.
Ia juga bakal menjadi pentas pertama buat pemain naturalisasi baharu negara, Mohamadou Sumareh beraksi bersama Harimau Malaya di laman sendiri selepas dipanggil Tan Cheng Hoe menyertai kem latihan kebangsaan baru-baru ini.
Sebelum ini Harimau Malaya telah turun selesai bertemu Fiji, Taiwan dan Kemboja yang berkesudahan anak buah Cheng Hoe mencatat dua kemenangan dan satu tewas.
Sumber:sinarharian.com
Comments
Post a Comment